Dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jika kita tersilap pilih kawan, meranalah diri kerana kawanlah memberi pengaruh besar dalam kehidupan individu. Di sini ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda semua:
1. Boleh Berkongsi Apa Sahaja, Individu dari kategori ini sanggup mengetepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula mengambil kesempatan ke atas dirinya.
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu
2. Memahami, boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan. Individu ini wajar didampingi sebagai sahabat sejati.
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa.
• Dia seorang teman yang komited.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu, Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan dirimu sahaja.
3. Profesional, Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak. Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi.
• Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat.
• Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak berjumpa. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.
4. Jujur, Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilanmu, dia akan menegurmu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terbuka.
• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga.
5. Happy Go Lucky, Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di sekelilingnya. Dia sentiasa berada di dalam keadaan ceria.
• Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan
• Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan.
• Dia memang menghiburkan.
No comments:
Post a Comment