Sunday, April 10, 2011

Salam Ingatan Buat Sahabat

pesanan buat sahabat dan juga aku

Puisi : Sahabat

Menjadi Seorang Sahabat

Ada satu perbezaan antara menjadi seorang kenalan dan menjadi seorang sahabat. Pertama, seorang kenalan adalah seorang yang namanya yang kita ketahui, yang kita lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kita miliki persamaan, dan yang disekitarnya kita merasa nyaman. Ia adalah orang yang dapat kita undang ke rumah. Namun mereka adalah orang yang dengannya tidak akan kita bagi hidup, yang tindakan-tindakannya kadang-kadang tidak kita mengerti kerana kita tidak cukup tahu tentang mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kita cintai.. Bukan kerana kita jatuh cinta padanya, namun kita peduli akan orang itu, dan kita memikirkannya ketika mereka tidak ada. Sahabat-sahabat adalah orang dimana kita diingatkan ketika kita melihat sesuatu yang mungkin mereka sukai, dan kita tahu itu kerana kita mengenal mereka dengan baik. Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kita merasa aman kerana kita tahu mereka peduli terhadap diri kita.

Saling berkata jujur antara satu sama lain. Kita tahu bahawa jika kita memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar. Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakan kita atau menyakiti kita, dan jika mereka benar-benar menyakiti kita, mereka akan berusaha untuk memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang kita cintai dengan sedar ataupun tidak.

10 K dalam PERSAHABATAN


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.
"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

TeMaN YaNg BaIK AdALaH.....


- Teman yang baik adalah teman yang saling nasihat menasihati kejalan kebaikkan.
- Teman yang baik adalah pendengar yang setia bagi permasalahan temannya.

- Teman yang baik adalah teman yang membawa kebaikan dalam agama dan kehidupan

- Teman yang baik adalah teman yang sentiasa bersedih dan gembira bersama

- Teman yang baik akan selalu mendoakan sesuatu yang baik untuk temannya

- Teman yang baik tidak akan menyakiti hati temannnya

- Teman yang baik sentiasa bermanis muka terhadap temannya

- Teman yang baik tidak akan memceritakan keburukkan temannya

Semakin anda mencari kawan, anda akan rasa susah untuk mencari seorang teman yang mampu bersedih bersama-sama di saat anda memerlukannya.
 
Hargailah teman yang mampu memberi anda kebaikkan.
Sayangilah dia selagi mana dia mengasihi anda
Kasihilah dia selagi mana dia mengasihi anda
Dengarlah nasihatnya, selagi mana tidak melanggar batasan agama
Dampingilah dia, semakin dia dalam kesusahan.
 
Bertemu dan berpisah biarlah kerana ALLAH
 
Ukhwah yang dibina antara teman, Biarlah seperti seutas tasbih,
 Ada awal,  Tiada penghujungnya...


CiRi-CiRi SaHaBaT YaNG BaiK


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan  persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


p/s: Sebagai remaja yang jauh daripada pandangan ibu bapa, berhati-hatilah dalam memilih kawan.Kawan boleh membahagiakan kita tetapi kawan juga boleh menjatuhkan kita.

BERNILAINYA ERTI SEBUAH PERSAHABATAN...


Sebenarnya mencari seorang kawan sangat lah mudah, tapi untuk mencari seorang sahabat itu merupakan perkara yang agak susah, kerana sahabat adalah orang yang sentiasa berada bersama kita...maksud saya orang yang sentiasa bersama kita masa senang dan masa susah. Untuk menjadi kawan amatlah mudah kerana hanya dalam masa 1 minit kita boleh menjadi kawan dan dalam masa satu hari kita boleh mendapat berpuluh-puluh orang kawan tapi untuk menjadi sahabat bukanlah hanya dalam masa satu minit, satu hari mahupun satu bulan, ia adalah satu proses memahami hati budi masing2 dan ia memerlukan masa yang lama..."kita berkawan kerana masing mempunyai kepentingan masing2"..tidak dinafikan pada masa kini ramai yang berfikiran begitu...itu menunjukkan mereka yang kurang faham apa itu erti persahabatan...      

TIPS MENJADI SEORANG SAHABAT

Dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jika kita tersilap pilih kawan, meranalah diri kerana kawanlah memberi pengaruh besar dalam kehidupan individu. Di sini ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda semua:

1. Boleh Berkongsi Apa Sahaja, Individu dari kategori ini sanggup mengetepikan krisis yang sedang   dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula mengambil kesempatan ke atas dirinya.
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu

2. Memahami, boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan. Individu ini wajar didampingi sebagai sahabat sejati.
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa.
• Dia seorang teman yang komited.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu, Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan dirimu sahaja.

3. Profesional, Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak. Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi.
• Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat.
• Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak berjumpa. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.


4. Jujur, Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilanmu, dia akan menegurmu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terbuka.
• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga.

5. Happy Go Lucky, Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di sekelilingnya. Dia sentiasa berada di dalam keadaan ceria.
• Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan
• Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan.
• Dia memang menghiburkan.

Friday, March 11, 2011

PERKARA YANG MENGERATKAN PERSAHABATAN

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”


i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Erti Sebuah Persahabatan

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan faham, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang dimulai dengan sikap egoistis. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Ramai orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang hancur kerana dikhianati sahabatnya. Maka ingatlah, hargai dan peliharalah selalu persahabatan kita.


Siapakah yang dikatakan sahabat? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari? Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya...

KENAPA MESTI KITA BERSAHABAT???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman...

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu...

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...


Thursday, January 6, 2011

First post of mine...

today is my first day blogging..hehe..i hope that all of you will enjoy blogging just like me..
it will be fun if we can share our opinion through blog..and hopefully that all of you will support me as long as i need..thank you!!